http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Anwar disiasat Polis, dihalang ceramah ke seluruh negara?

Posted by Love Perak | Wednesday, March 10, 2010 | 1 comments »

PETALING JAYA 10 Mac - Pihak polis akan menyoalsiasat Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kandungan ceramah beliau yang diadakan diseluruh negara.

Beliau dijangka memberi keterangan pada pukul 11 pagi esok di ibu pejabat KEADILAN di Tropicana, Petaling Jaya.

Semalam Anwar berucap kepada lebih 10,000 penyokong pada sambutan ulangtahun kedua kemenangan Pakatan Rakatan semasa pilihan raya umum 2008 di Seremban 2, Negeri Sembilan.Naib Presiden KEADILAN R. Sivarasa berkata beliau difahamkan tindakan polis mahu menyoal siasat Ketua Pembangkang itu adalah berhubung kandungan ucapan beliau dalam empat ceramah yang diadakan beberapa minggu lalu tanpa memberi butiran lanjut.

Trend menyoalsiasat pemimpin Pakatan bermula beberapa minggu sebelum sidang Parlimen bermula 15 Mac depan.

Sebelum ini dua Ahli Parlimen dari KEADILAN dan PAS disoalsiasat polis di bangunan Parlimen berkaitan ceramah mereka di Pulau Pinang awal Februari lalu.

Minggu lalu pihak polis juga mengambil keterangan daripada 10 Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang di Pejabat Ketua Menteri di Komtar.

Mengulas perkara ini Setiausaha Agung KEADILAN Saifuddin Nasution Ismil berkata tindakan terbaru mahu menyiasat Anwar membuktikan kepada rakyat bahawa Polis DiRaja Malaysia terus menerus menjadi alat dan perkakas Umno dan Barisan Nasional.

"Ini mengesahkan pendapat rakyat bahawa Umno dan BN tidak lagi mampu berdepan dengan rakyat tetapi sebaliknya mengambil pendekatan menyiasat pemimpin Pakatan Rakyat seperti Datuk Nik Aziz Nik Mat, Lim Guan Eng, Tan Sri Kahlid Ibrahim dan terbaru Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Perkembangan terbaru ini juga mengesahkan bahawa imej PDRM tidak seperti mana yang digembar-gemburkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan bahawa pihak polis tidak berpihak padahal jelas polis telah menjadi alat Umno dan BN. Tindakan "double standard" amat tidak wajar sekali dan tidak mampu mengangkat darjat dan martabat polis dimata rakyat.

"Saya percaya siasatan ke atas Datuk Seri Anwar tidak sekali akan melemahkan semangat bahkan menyemarakkan lagi perjuangan rakyat yang cintakan keadilan," tegas beliau ketika dihubungi Suara Keadilan.

Saifuddin menambah jelas tindakan terbaru polis adalah perancangan berterusan untuk menumbangkan Pakatan Rakyat dengan cara sebegini dan bukannya melalui undi rakyat.

Sehubungan itu Sivarasa menyatakan tindakan terbaru polis merupakan salahguna kuasa Kanun Acara Jenayah.

"Pakatan Rakyat sudah tentunya tidak akan melayan sebarang pertanyaan daripada pihak polis berhubung ceramah yang kita sampaikan kepada rakyat kerana ini adalah suatu aktiviti politik yang sah dan dibenarkan di bawah undang-undang.

"Kita melihat sejak dua bulan lalu seolah-olah timbul corak tindakan polis yang lebih ganas dan menekan terhadap ceramah dan aktiviti politik pemimpin Pakatan Rakyat yang memberi penerangan kepada rakyat," kata Ahli Parlimen Subang itu.

Beliau berkata tindakan polis ini mencerminkan ketidakyakinan Umno dan BN yang semakin menyerlah kerana takut kepada gelombang rakyat yang tidak lagi menyokong mereka.

"Kita lihat Umno dan BN semakin dicengkam ketakutan yang amat nyata walaupun mereka mengawal sepenuhnya media. Mereka takut kalah dalam gelanggang perubahan idea rakyat ke arah perubahan drastik dan oleh kerana itu mengguna kekerasan untuk mengalahkan Pakatan Rakyat.

Beberapa ceramah yang dihadiri ceramah telah di ganggu oleh polis kebelakangan ini.

Minggu lalu pihak polis telah cuba menghalang Anwar daripada berucap panjang semasa majlis jamuan makan malam anjuran DAP Kepong dan terbaru Isnin lalu anggota FRU dan pasukan polis merempuh majlis sambutan ulangtahun kedua kemenangan Pakatan Rakyat Wilayah Persekutuan di Kelab Sultan Sulaiman, di Kampung Baru.


Suara-Keadilan.com

1 comments

  1. azman kamarul // March 10, 2010 at 3:19 PM  

    Mengapa perlu merujuk kepada janji Musa Hassan..bukankha manusia itulah yang mengusung tilam di Trivolli Hotel semasa kes liwat DSAI 1 dulu.

    Mengapa mesti percaya cakap pembohong?