http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

APA KHABAR MP BAGAN SERAI?

Posted by Love Perak | Wednesday, March 10, 2010 | 0 comments »

Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli setakat ini berdiam diri dan tidak memberikan respon kepada gesaan Ustaz Ahmad Awang. Beliau sakitkah atau di'kidnap' oleh orang tertentu. Yang pasti beliau sekarang mesti 'keluar' dari persembunyian kerana Ustaz Ahmad Awang dan rakyat khasnya pengundi beliau di Bagan Serai sedang mencarinya.

Sepatutnya sebagai seorang anak jantan yang begitu hebat mengkritik pimpinan PKR dan PR beliau mesti berani tampil bertemu rakyat. Jangan diam seribu bahasa. Berani kerana benar takut kerana salah.

Kalau tidak berani muncul seorang ajaklah kawan-kawan beliau dari kalangan Umno dan bebas duduk di belakang beliau.

Hari ini Ustaz Ahmad Awang berkata tempoh yang diberikan kepada Mohsin untuk respon kepada permintaannya hampir tamat. Jika Mohsin berdiam diri juga, solat hajat tujuh malam bagi memohon hukuman Allah terhadap ahli parlimen Bagan Serai Mohsin Fadzli yang keluar parti akan dimulakan pada Sabtu ini.

Menurut Ahmad, tindakan itu terpaksa diambil kerana selepas tamat tempoh tujuh hari yang diberikan kepadanya - supaya kembali kepada Pakatan Rakyat atau mengisytiharkan sokongan terbuka kepada gabuangan itu - gagal ditunaikan.

0 comments