http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Perihal Tan Tee Beng

Posted by Love Perak | Wednesday, March 03, 2010 | 0 comments »

Selepas Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Jelutong mendedahkan tembelang Tan Tee Beng semalam, sebuah lagi cabang parti itu mendedahkan keributan yang cuba ditimbulkan Ahli Parlimen Nibong Tebal itu.


Cabang itu ialah PKR Nibong Tebal yang menjadi tempat Tee Beng, seorang pemimpin bermasalah dalam parti untuk cuba memecahbelahkan perpaduan ahli cabang berkenaan dengan membawa amalan berpuak-puak.



Mendedahkan hal itu, Timbalan Ketua PKR Cabang Nibong Tebal, Mohd Kamil Abu Bakar berkata, Tee Beng sejak bergelar Ahli Parlimen banyak memporakperandakan keharmonian PKR cabang berkenaan.



Katanya, Tee Beng juga kerap mengecam ahli majlis Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) seolah-olah hanya beliau sahaja yang tahu menjalankan kerja, selain menyerang Ketua PKR cabang berkenaan secara politik.



“Pelbagai fitnah turut dilemparkan melalui akhbar berbahasa Cina. Ahli Parlimen Nibong Tebal itu juga membuat serangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jawi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.



Bagaimanapun, beliau berkata, kelicikan Tee Beng untuk memecah-belahkan dengan membentuk puak tertentu dalam cabang parti berkenaan dapat dibendung Jawatankuasa PKR cabang itu.



“Tindak tanduk pemimpin bermasalah itu juga dilihat sering menentang arus perjuangan parti dan semangat permuafakatan dalam Pakatan Rakyat,” katanya.



Lantaran itu, Mohd Kamil berkata, PKR cabang berkenaan mengalu-alukan tindakan Tee Beng keluar parti kerana beliau langsung tidak memberi manfaat kepada perjuangan rakyat.



“Sekiranya masih ada saki baki mereka yang mahu mengikut jejak Tee Beng, parti membuka pintu seluas-luasnya untuk mereka pergi,” katanya lagi.



Mohd Kamil juga mencabar Tee Beng untuk meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Nibong Tebal kerana rakyat pada pilihan raya umum lalu memilih PKR, bukan Tee Beng secara peribadi.



“Sila lepaskan jawatan sebagai Ahli Parlimen Nibong Tebal serta merta bagi membolehkan pilihan raya kecil dibuat. PKR Nibong Tebal bersedia menguburkan karier politik Tee Beng,” tegas Mohd Kamil.



Sumber: TvSelangor

0 comments

There was an error in this gadget