SEREMBAN - Sebuah sekolah berasrama penuh dengan program pembelajaran yang lebih formal khusus untuk pelajar pintar bakal dibuka tidak lama lagi. Penaung program Permata Pintar Negara, Datin Seri Rosmah Mansor berkata sekolah tersebut sedang dibina di dalam kawasan Universiti Kebangsaan Malaysia di Bangi, Selangor dan akan siap akhir tahun ini.
"Pengambilan pertama akan dibuat pada Januari 2011 dan seramai 150 pelajar pintar berbilang kaum daripada tingkatan 4 akan dipilih. Pelajar akan mengikuti pembelajaran arus perdana dan diberi peluang mengambil peperiksaan antarabangsa seperti SA, Advance Placement atau O dan e Level," katanya.
Rosmah berkata demikian pada majlis pelancaran Ujian Saringan Pertama Permata Pintar di Kolej Tunku Kursiah di sini semalam.
(Sumber: Kosmo)
PGK: Masa mula membaca kenyataan itu, saya ingatkan ia dibuat oleh Menteri Pelajaran atau Timbalan Menteri Pelajaran atau Ketua Pengarah Pelajaran. Tapi rupanya kenyataan mengenai pembangunan pendidikan negara ini dibuat oleh isteri Perdana Menteri. Bukan beliau tidak boleh bercakap mengenai pembangunan pendidikan negara ini. Siapa pun boleh bercakap apa saja mengenai negara ini, termasuk isteri Perdana Menteri. Sebagai isteri Perdana Menteri, Rosmah bukan saja boleh bercakap mengenai pendidikan negara, tetapi dia juga boleh bercakap mengenai ekonomi, keselamatan, kewangan atau kesihatan negara. Malah jika Rosmah mahu mengulas mengenai siapa pembunuh sebenar Altantuya pun, dia berhak bercakap mengenainya.
Cuma lebih elok rasanya soal-soal penting mengenai pelajaran dan pendidikan negara diumumkan sendiri oleh Menteri Pelajaran dan Menteri Pendididkan. Begitu juga soal penting mengenai kesihatan dan keselamatan negara biarlah ia diucapkan oleh Menteri Kesihatan dan Menteri Dalam Negeri sendiri. Mereka - menteri berkenaan - adalah merupakan individu penting yang bertanggung jawab terhadap pelaksanaan, kejayaan dan kegagalan projek, justru apa pun kenyataan mengenai potfolio masing-masing, lebih elok Menteri itu sendiri yang bercakap.
Kecualilah jika ada jawatan Menteri Isteri Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran II, bolehlah Rosmah bercakap bagi pihak Menteri Pelajaran.
agaknya tersalah pilih orang kot... Bikmama sepatutnya jadi piem, isteri bikmama patut jadi first man.
huahuahua...
gugurkan aje jawatan dari muhyidin yassin,kemudian lantik rosmah sebagai senator dan serahkan jawata menteri pelajaran pada rosmah,baru le cun menteri pelajaran malaysia,bini dia perdana menteri...laki dia menteri pelajaran...tentu guru2 bertambah2 semangat untuk mengajar...muhyidin pun bukannya pandai sangat pegang jawatan menteri pelajaran,rosmah kanke mempunyai banyak idea2 baru,untung najib dapat berlakikan rosmah,perdana2 menteri kita yg lepas2 cuma berbini aje tapi najib untung dapat berlakikan seorang yg hebat seperti rosmah..tahniah tahniah tahniah....rakyat malaysia tentu berbangga kerana perdana menteri mereka dapat laki mcm rosmah...
Agaknya selama ini keputusan yang dibuat terhadap dasar pelajaran kita asyik gagal, rupanya orang yang tak layak telah dipertanggungjawabkan utk perkara seperti ini.