http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Oleh: dewa

"Terdahulu, Zulkifli Noordin memanggil Tok Guru Nik Aziz sebagai pengkhianat kerana PAS pernah berada dibawah BN. Kemudian, Zulkifli Noordin memanggil PKR dan DAP dipenuhi Firaun kecil.

Terkini, ZulKifli Noordin memanggil penceramah "hingusan" PAS sebagai BADUT YANG INGIN TIDUR DICELAH KANGKANG GUAN ENG. Keratan lengkap kenyataan Zulkifli Noordin memaki "badut PAS" disertakan. Pembaca yang lemah semangat dinasihatkan tak payah baca:

"ZULKIFLI NOORDIN FB: Salam 2 all.

Teman agak gelihati dan pelik bin hairan nengok beberapa badut-badut ingusan dok terkinja-kinja melenting tak tentu pase konon membantah teman masuk PAS, sedang teman mohon masuk pun tak!


Yang kelakaunya, satu badut ingusan tu siap mengaku lebih baik dia masuk muka depan akhbar "Roket" kepunyaan DAP daripada masuk suratkhabar Melayu. Begitulah parahnya badut-badut ingusan ini menari-nari tarian orang lain. Kesian ke dema yop..


Entah bile teman mohon masuk PAS pun tak tahu. Teman sekadar menghormati kenyataan Tuan Guru Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden Kanan PAs yang juga seorang ulama' yang sangat teman hormati yang mempelawa teman menyertai PAS. Itu sahaja. Seorang pimpinan kanan PAS dan juga seorang ulama' mempelawa teman, takkan teman nak buat dono jer yop!


Jadi sebagai seorang yang di ajar menghormati ulama', teman menjawab yang teman akan kaji pelawaan beliau dengan serius. Itu aje. Malahan sebenarnya ada beberapa orang lagi ulama' dan pimpinan kanan PAS serta ulama' dan pimpinan NGO-NGO Islam yang menghubungi teman apabila mendapat berita teman dipecat daripada PKR, meminta teman supaya bersabar dan yakin bahawa ALLAH ada perancangan yang lebih baik untuk teman, ada yang siap mendoakan teman lagi


Yang parahnya ada antara badut-badut ingusan ni bab kutip derma jihad cukup hebat, tapi kalu tengok cara dema memaki hamun dan mencaci mencacai, iblis pun menangis. Tapi teman maafkan badut-badut ingusan ni yop, sebab dema ni golongan jahlun.sebenarnya!

Cuma teman rase elok badut-badut ingusan ni ambil pengajaran daripada Al Fadhil Ustadz Nasharuddin Tantawi, Ketua Pemuda PAS. Kenyataan beliau mencerminkan kematangan dan kewibawaan yang jelas. Beliau sekadar menyatakan sesiapa pun berhak memohon untuk menjadi ahli PAS dan hak PAS untuk menimbang untuk terima atau tidak. Setakat beliau tahu, teman belum pun memohon, jadi tiada sebab beliau nak komen. Kan cantik kenyataan macam tu, walaupun orang muda dan dilabel sebagai ekstremis dan fundamentalis oleh sesetengah orang, tetapi Ustadz Nasha berjaya menunjukkan kewibawaan yang hebat. Teman doakan beliau kebaikan dan diberi keberkatan oleh ALLAH.


Begitu juga kenyataan Cikgu Pa, Dr. Hatta dan lain-lain ulama' dan pimpinan PAS, teman hormati pandangan bernas mereka yang tidak menyetujui teman menyertai PAS kerana mereka lebih mengutamakan hubungan dengan PKR dan DAP. Walaupun teman rase tak perlu mereka nak buat komen-komen tersebut kerana teman tak memohon pun nak join mana-mana parti, tetapi itu hak mereka untuk menyatakan pandangan tersebut. Tetapi mereka juga mengakui teman belum buat apa-apa permohonan pun.


Apa-apa hal pun, teman baru je menduda yop. Eddah pun tak habis lagi. Kang buatnya ada orang gila talaq amacam? Lagipun bagi lah chance teman relax. Lega jugak bila dah bebas ni. Teman nak enjoy dulu waktu eddah ni. Teman dengor ada artis cun nak menjande tak lame lagi..hehehe.. :))


Kepada badut-badut ingusan lain, kalau hangpa nak tidoq celah kangkang Guan Eng hangpa pi lah. Teman sikit pun tak buloq dengan mat chauvinis dan rasis tu. Lagipun hangpa dok syok dengan gendang dia nak jadi kalipah tu..teman ucap selamat lah kat hangpa dengan kalipah baru tu.

Kepada sahabat dan rakan, para ulama dan tuan guru, para da'ii dan pendakwah, ustadz-ustadzah dan aktivis Islam yang mendoakan teman, janganlah khuatir. Teman rase selesa dengan kedudukan sebagai Ahli Parlimen Bebas ni, dan teman akan kekal begitu insyallah. Takat ni teman tak terpikio pun nak join mana-mana parti politik. Tetapi teman tetap bersama perjuangan Islam, dan teman akan sentiasa mengalu-alukan sebarang pandangan, bimbingan dan cadangan yang boleh membantu memartabat dan menobatkan Islam insyallah.
Adios amigos..grasias senor.


Zulkifli Bin Noordin

9 comments

  1. Samdol // March 11, 2010 at 6:47 PM  

    Malaun ni ingat orang nak gelak dengan lawak dan telo perak dia....ptuiiiih. Mai pada cerok bemban kat kupang baling tu pi cakap perak pulak...sapa la nak sokong dia ni......gila.....gila.....

  2. Maimun // March 11, 2010 at 7:06 PM  

    Begitu lah kalu orang yang dada kosong dan penuh dengan hasad dengki .Sebab itu Almarhum Ustaz Fadhil Noor tak boleh pandang walau sebelah mata atau dengar nama mamat ni .

  3. Anonymous // March 11, 2010 at 7:22 PM  

    sudahlah YB oii..hang dah tak laku..

  4. Perak Reform // March 11, 2010 at 7:33 PM  

    Salam beb,

    ni gua dapat cite dr member gua. UMNO kaki agih tender.

    Sejarah hanya tinggal sejarah, dulu lain, sekarang lain. Kini Cik Na mula mengatur langkah dalam pengagihan tender di dalam MBI. Tidak cukup dengan itu, ana dengar cerita beliau juga bernafsu dalam menukarkan Datuk Bandaraya Ipoh. Kenapa hendak ditukarkan, hanya kerana dendam kesumat beliau yang masih belum terpadam sehingga ke hari ini.

    http://y-genx.blogspot.com/2010/03/umno-tambun-mula-berkocak.html

  5. undertaker // March 11, 2010 at 9:21 PM  

    salam sumer........

    inikah akhlak manusia yg dok wirid nak mempertahankan Islam siang dan malam..........

    kalau zaman Umar Al-Khattab.....
    orang yg macam ni dah kena tebaih...
    cakap......cakap fitnah
    cakap merapu

    memang benar kata Saidina Umar Al-Khatab:
    -siapa yg banyak bercakap..banyak buat salah dan silap
    -sapa yg banyak salah silapnya..banyak bohongnya
    -sapa yg banyak bohong nya...hilang malunya
    -sapa yang hilang malunya.....mati hatinya............

    cermin akhlak Islam mestilah bersifat tawadu' bila diserang....
    salah sendiri dibuat refleksi....
    salah orang jangan dicari......

    sekadaq jangan dok buat daki
    beginikah wajah seorang 'peguam' Islam....
    dakwah bil hal pun tak tau.......
    hangpa boleh pecaya ke dia ni

  6. Anonymous // March 12, 2010 at 12:07 AM  

    sudahlah, yb xul ingat yb xul tu janda berhias ke?

  7. Anonymous // March 12, 2010 at 12:07 AM  

    sudahlah, yb xul ingat yb xul tu janda berhias ke?

  8. mamu parpu // March 13, 2010 at 7:22 PM  

    boh tong sampah buang laa lahabau nie..
    kecik-kecik tak mau melingkup
    besaq-besaq susahkan orang

    hang dah jadi kupang temaga laaa mamat wooi..........

  9. Anonymous // March 13, 2010 at 10:47 PM  

    Kalau Tuan Man tak wat gila nak jemput orang gila tu masuk,,,sapa pun tak komen aiih.. Tuan Man, Tuan Man... cakap pakai akai, jangan pakai lutut la.