Kalau ada rancangan dalam TV bertajuk "Masih Ada Yang Sayang" maka TV juga perlu mengwujud rancangan terbaru yang bertajuk "Masih Ada Yang Benci" dibintangi oleh Zambry The Jason King dan Mufti Perak.
Inilah realiti yang perlu difikirkan oleh Zambry The Jason King terhadap pemerintahan beliau yang semakin dibenci oleh segenap lapisan masyarakat tanpa mengira umur dan ini terbukti
apabila contengan menggunakan cat semburan dengan kata-kata yang menggambarkan ketidakpuasan hati rakyat terhadap Zambry The Jason King dan Mufti Umno Harusani di dinding Dewan Kelab Motosikal Lekir .
Kejadian yang disedari oleh JKKK Kampung Batu 8 Lekir kira-kira pukul 2.30 petang semalam sepatutnya menjadi satu iktibar kepada masyarakat setempat dan Umno bahawa kerja-kerja sebegini hanya dilakukan oleh golongan belia yang faham akan kezaliman dan kejahatan pimpinan Umno dan BN.
Jadi,sekiranya golongan muda sudah semakin membenci Umno dan pimpinannya maka tunggulah saat kehancuran Parti yang dianggap paling kuat dan meluat dinegara ini..akhir kata "Sendiri Mau Ingat bro..."
¡Hola mundo!
8 years ago
0 comments
Post a Comment