http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Zul Noordin Jumpa Anwar, Azizah Esok

Posted by Love Perak | Tuesday, March 09, 2010 | 1 comments »













KUALA LUMPUR, 9 Mac — Zulkifli Noordin, yang dipecat dari PKR Sabtu lalu manakala semalam terlibat dalam "perang mulut" dengan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, beliau masih mewakili suami beliau Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes qazafnya.

Zulkifli berkata, setakat ini beliau masih merupakan peguam utama pasukan Anwar dalam kes itu, yang akan disebut semula di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur esok. Katanya, beliau akan berada di mahkamah esok atas kapasitinya sebagai peguam yang telah dilantik secara rasmi oleh Anwar, yang juga Penasihat PKR dan Ketua Umum Pakatan Rakyat.

“Berdasarkan rekod, saya masih merupakan peguam Anwar... saya akan berada di mahkamah esok. Sama ada saya akan diminta tarik diri ataupun sebaliknya, saya perlu berada di mahkamah (esok). Jika saya diminta menarik diri, saya juga kena memaklumkan secara rasmi kepada mahkamah. Jadi, saya akan berada di mahkamah esok,” kata beliau sambil menambah, apa yang dilalui sekarang bukan sesuatu yang bersifat peribadi.

Difahamkan jika Zulkifli berada di mahkamah esok ini kali pertama beliau bertemu secara bersemuka dengan Anwar dan Wan Azizah dalam tempoh sebulan ini. Justeru Zulkifli berkata beliau tidak melihat perkembangan semasa sebagai sesuatu yang sangat bersifat peribadi.

“Isu ini bukan sesuatu yang peribadi, saya masih mengekalkan hubungan saya dengan beliau, Wan Azizah dan keluarga Anwar,” katanya.

Zulkifli memberitahu beliau akan bertindak secara profesional sebagai seorang peguam dalam kes qazaf yang difailkan Anwar terhadap bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan. Beliau pernah terlibat dalam pasukan peguam Anwar dalam kes peringkat awal selepas beliau dipecat dari jawatan kerajaan dan parti pada September 1998.

Mahkamah Tinggi Syariah menetapkan esok untuk sebutan semula mendengar kes qazaf difailkan oleh Anwar. Seorang lagi peguam pasukan Anwar dalam kes ini ialah Kamar Aniah Kamaruzaman.

Hakim Syarie Mohd Shukor Sabudin juga akan mendengar bantahan awal dikemukakan oleh pihak pembelaan, diketuai peguam Zainul Rijal Abu Bakar iaitu mengenai bidang kuasa Mahkamah Syariah yang akan mendengar kes ini, prosedur permohonan yang tidak dibuat mengikut Akta Prosedur Mal 1998 serta kelayakan Zulkifli untuk mewakili Anwar.


(Sumber: Malaysian Insider)

PGK: Tidak salahnya Zul Kulim mewakili Anwar. Asalkan beliau dapat membezakan antara sesuatu yang bersifat politik dan peribadi, sudahlah. Asalkan beliau profesional dalam menjalankan tugasnya, sudahlah. Asalkan beliau ke mahkamah sebagai seorang peguam dan bukan sebagai seorang bekas ahli PKR yang dipecat, sudahlah. Asalkan beliau datang ke mahkamah tanpa misi untuk membalas dendam sudahlah. Asalkan beliau tidak bertindak sedikit gila-gila di mahkamah, sudahlah.

1 comments

  1. Anonymous // March 9, 2010 at 8:20 PM  

    Ana ada musykil lah . Tadi ada baca dalam satu laman web bahawa AP yang dipecat ini telah menarik diri dari mewakili DSAI didalam kes qazaf dan tidak akan hadir di Mahkamah Syariah esok tapi kini kata masih mewakili DSAI pulak . Sila post yang telah dipaste disini.

    09 March 2010 Oleh Zulkifli Noordin pada 6:30 PM 0 komentar


    ZULKIFLI NOORDIN & ASSOCIATES
    ZULKIFLI BIN NOORDIN LL.B (Wellington)
    ____________________________________________________________
    PEGUAMBELA & PEGUAMCARA ADVOCATES & SOLICITORS PEGUAM SYARIE

    Ruj. Kami : DSAI/MTSWP/QAZAF
    Ruj. Tuan : MTSWP-14100-099-0012-2010

    Selasa: 23 Rabi’ul Awal 1431 / 09 Mac 2010

    Pendaftar
    Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekuatan
    Jalan Damansara
    Kuala Lumpur Fax: 03-22740136/ POS

    Tuan

    DALAM MAHKAMAH TINGGI SYARIAH W.P
    PERMOHONAN NO: 14100-099-0012-2010
    DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM –v- SHAMSUDDIN BIN HUSSAIN DLL

    Perkara diatas dirujuk.

    Dimaklumkan bahawa berdasarkan kedudukan mutakhir yang sedia dimaklumi, saya tidak bersedia meneruskan perwakilan mewakili YB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim bagi kes permohonan di atas. Saya dengan ini memaklumkan menarik diri dan terhenti daripada mewakili dan/ atau bertindak sebagai peguam syarie YB Dato’ Sei Anwar Bin Ibrahim berkuatkuasa serta merta.

    Dilampirkan sesalinan Borang MS 8 untuk tindakan lanjut pihak tuan. Oleh itu, saya pohon kebenaran pihak tuan untuk kemaafan tidak hadir pada sebutan kes ini yang dijadualkan pada hari Rabu 24 Rabi’ul Awal 1431 / 10 Mac 2010.

    Sekian untuk perhatian dan tindakan lanjut pihak tuan.

    Yang benar

    (ditandatangani)
    Zulkifli Bin Noordin

    s.k
    1. Tetuan Kamar Ainiah, Raziff & Zashidi
    2. Tetuan Zainul Rijal & Associates
    3. YB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim

    @@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@


    BORANG MS 8

    AKTA TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH
    (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1998
    (Seksyen 3
    ________________________________________________________

    DALAM MAHKAMAH TINGGI SYARIAH
    DI WILAYAH PERSEKUTUAN DI KUALA LUMPUR

    PERMOHONAN NO: 14100 – 099 – 0012 – 2010

    ANTARA

    DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM …PEMOHON

    DAN

    1. SHAMSUDDIN BIN HUSSAIN
    Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan

    2. DATO’ HJ. CHE’ MAT BIN CHE’ ALI
    Pengarah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

    3. MEJAR JENERAL DATO’ HJ. JAMIL KHIR BAHAROM
    Menteri di Jabatan Perdana Menteri …RESPONDEN

    NOTIS PENARIKAN DIRI PEGUAM SYARIE

    Kepada Pendaftar
    Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

    AMBIL PERHATIAN BAHAWA saya ZULKIFLI BIN NOORDIN Peguam Syarie bagi Pemohon Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim diatas dengan ini menarik diri dan terhenti menjadi Peguam Syarie yang bertindak bagi Pemohon yang tersebut di dalam prosiding yang disebut di atas.

    Bertarikh pada 22 Rabi’ul Awal 1431 bersamaan 09 Mac 2010

    (ditandatangani)
    ………………………
    (Peguam Syarie)


    Kepada:

    1. Peguamcara Pemohon Tetuan Kamar Ainiah, Raziff & Zashidi

    2. Kepada Responden-Responden melalui Peguamcaranya
    Tetuan Zainul Rijal & Associates




    NOTIS ini dikeluarkan ZULKIFLI BIN NOORDIN daripada Tetuan Zulkifli Noordin & Associates di Tingkat 7, Wisma Yakin, Jalan Masjid India, 50100 Kuala Lumpur

    Biar betol zul ni..