Kotak petisyen.. punya lah besar..
Petisyen.. kenapa? tak faham ka?
Terjemahan petisyen..
Kepada : YB Dato Seri Zahrain Bin Mohd Hashim
Saya pengundi di Parlimen Bayan Baru sangat marah dan kecewa atas tindakan YB Dato Seri Zahrain Bin Mohd Hashim pada 12 Februari 2010 di mana YB telah mengistiharkan keluar dari Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat. Perbuatan ini telah mengkhianati sokongan kami kepada Pakatan Rakyat khususnya Parti Keadilan Rakyat.
Sebagai pengundi, saya menyesal mengundi YB Dato Seri Zahrain Bin Mohd Hashim dalam pilihanraya yang lalu. Ini kerana kami, pemgundi Bayan Baru mengundi Parti Keadilan Rakyat dan bukannya mengundi YB Dato Seri Zahrain Bin Mohd Hashim sebagai Calon Bebas.
Maka dengan ini saya Pengundi Bayan Baru menuntut dengan segera agar YB Dato Seri Zahrain Bin Mohd Hashim memohon maaf secara terbuka kepada seluruh pengundi Bayan Baru yang telah member undi kepada YB atas tiket Parti Keadilan Rakyat. Tindakan keluar Parti adalahsatu bentuk pengkhianatan terhadap amanah yang saya dan pengundi yang lain berikan. Tindakan ini kami hanya untuk kepentingan YB sendiri sahaja.
Oleh yang demikian saya dan Pengundi Bayan Baru dengan tegas menuntut supaya YB Dato Seri Zahrain Bin Mohd Hashim meletak jawatan serta merta sebagai Ahli Parlimen Bayan Baru dan mengembalikan mandat kepada Pengundi Bayan Baru.
HIDUP RAKYAT
Tandatangan.
……………………..
Nama: ………………………..
No.K.P:……………………….
Suara hati pengundi Bayan Baru..
Namanya ditulis dengan warna Merah.. Ada makna tu..
Ni.. memang betul-betul marah ni..
Seluruh gambar-gambar diatas telah dirakamkan pada malam program sambutan 2 Tahun Kerajaan Pakatan Rakyat pada 06 Mac 2010.
0 comments
Post a Comment