http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

UMNO Resah Gelisah

Posted by Love Perak | Monday, March 08, 2010 | 0 comments »

Kebobrokan serta nafsu serakah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansur sudah sampai ke tahap keterlaluan serta melampaui batas dengan pelbagai asakan bertubi-tubi semata-mata bertujuan hendak menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat.

Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tindakan rakus pimpinan rejim Umno-Barisan Nasional ini seolah-olah tidak berpenghujung kerana sebanyak mana sekalipun asakan yang datang selagi itulah Pakatan Rakyat akan terus menentang.

Menurut beliau perjuangan dan hala tuju KEADILAN bersama dua gergasi DAP dan PAS tidak pernah luntur disebabkan rintangan dan cabaran yang mendatang malah kekuatan yang dimiliki ketiga-tiga komponen Pakatan Rakyat membuatkan Najib dan kuncu-kuncunya tidak lena tidur.

"Kita memang tahu Umno hidup dalam keadaan resah, gelisah. Tak duduk diam fikir macamana nak gaduhkan sesama Pakatan Rakyat.

"Dalam mimpi pun keluar cara macamana nak lagakan kita," katanya dalam ucapan perdana pada Konvensyen Pakatan Rakyat Selangor di Shah Alam hari ini.

Beliau turut mengulas usaha kotor rampasan kuasa BN ke atas negeri-negeri kerajaan Pakatan Rakyat bermula dengan merampas kerajaan negeri Perak secara haram dan kemudian taktik yang sama dilakukan juga dicuba ke atas Selangor, Kedah dan kini Pulau Pinang.

"Kita lihat Apa yang mereka cuba lakukan kepada kerajaan negeri Pulau Pinang. Mereka mainkan isu agama dan maruah orang-orang Melayu di sana. Tak cukup itu, Menteri Besar Kelantan, Tok Guru Nik Aziz pun turut jadi mangsa si pengkhianat (Najib) ini.

"Tok Guru sudah 20 tahun jadi Menteri Besar, mana ada rasuah, tak ada tender. Dia pergi selongkar dan buat cerita yang kononnya Tok Guru pakai duit rasuah pergi ke Makkah. Siapa yang nak percaya semua ini," tegas Anwar lagi.

Sehubungan itu, Penasihat Ekonomi Selangor ini juga menegaskan dengan kekuatan yang ada pada Pakatan Rakyat khususnya di Selangor, beliau memberi jaminan kerajaan korup Umno-BN mampu ditewaskan.

"Saya jamin dengan kekuatan yang ada pada Pakatan Rakayat Selangor, kita akan sungkurkan mereka, lawan tetap lawan," katanya sambil disambut laungan "Reformasi" serta tepukan bersemangat daripada lebih 2,000 peserta.

Kerajaan Rakyat

0 comments